Jom Kenal dengan Magnet

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Jom cikgu bawa anda semua untuk warm-up dan berkenalan dengan topik Magnet ni.

Apa yang murid-murid kena tahu dan akan tahu dalam topik Magnet ini adalah :

1. Apa itu magnet dan apakah sifat-sifat magnet?
2. Apakah jenis-jenis magnet yang ada? 
3.  Bagaimana untuk mengandalikan magnet dengan cara yang betul.
4. Mengenal pasti objek yang boleh ditarik oleh magnet dan objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet.



Ini merupakan salah satu bentuk magnet yang biasa kita tengok, ada beberapa jenis lain lagi yang akan kita tengok dalan entri akan datang.

Magnet adalah sebuah objek yang mempunyai satu medan magnet dan boleh menarik sesetengah objek. Magnet mempunyai dua kutub iaitu Kutub Utara (North Pole) dan Kutub Selatan (South Pole).

Setiap magnet mempunyai sifat dan ciri sebagai berikut :

  1. Dapat menarik benda logam tertentu.
2. Daya tarik terbesar berada di kutubnya.
3. Selalu menunjukkan arah Utara dan Selatan bila digantung bebas.
4. Memiliki dua kutub.
  5. Tertarik bila tak sejenis.
6. Menolak bila sejenis.


 Sekarang cikgu nak terangkan pada murid-murid macam mana kita nak tahu sama ada sesuatu magnet itu akan menarik atau menolak apabila didekatkan dengan magnet yang lain.

  1. Magnet mempunyai dua kutub yang berbeza.  
  2.  Kutub magnet adalah Kutub Utara (North Pole = N) dan Kutub Selatan (South pole = S).
  3. Magnet boleh menarik dan menolak antara satu sama lain jika kutub mereka bertemu.
  4. Apabila Kutub Utara (North Pole = N) bertemu dengan Kutub Selatan (South Pole = S) magnet akan tertarik.
  5.  Apabila Kutub Utara (North Pole = N) bertemu dengan Kutub Utara (North Pole = N), magnet akan menolak. Begitu juga sebaliknya jika Kutub Selatan (South Pole = S) bertemu Kutub Selatan (South Pole = S), magnet akan menolak.
Untuk lebih jelas lagi, sila tengok gambar di atas untuk membantu anda memahami konsep menolak dan menarik  magnet ni. 

Dan kepada sesiapa yang ada magnet di rumah, boleh cuba apa yang cikgu terangkan di atas dan kalau boleh kongsikan apa yang anda dapat dengan cikgu nanti :) Magnet Lesson 1



0 comments:

Post a Comment


up