Analogi konsep menarik dan menolak

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt semua.
Nampaknya masih ada yang kurang faham dengan konsep menarik dan menolak (attract and repel) yang cikgu terangkan dalam entri sebelum ni. InsyaAllah cikgu nak kongsikan satu analogi yang agak senang difahami berkaitan konsep ini, mudah-mudahan anda semua dapat faham apa yang bakal cikgu terangkan disini ok.

***

Seperti yang semua sedia maklum, semua magnet ada dua kutub iaitu Utara dan Selatan. Dan apabila kutub-kutub magnet didekatkan, akan berlaku gerakbalas sama ada saling menarik atau menolak, bergantung kepada kutub yang didekatkan.

Tapi bagaimana kita nak ingat kutub utara tertarik dengan kutub mana dan kutub selatan akan menolak kutub mana?

Ok, sekarang cuba kita analogikan Kutub Utara sebagai perempuan dan Kutub Selatan sebagai lelaki. Boleh?


Secara fitrahnya, lelaki dan perempuan akan saling "TERTARIK". Maka dapat kita lihat yang dua orang yang berlainan jantina akan saling tertarik. Jadi apabila diaplikasikan kepada magnet, kita dapat katakan yang DUA MAGNET AKAN SALING MENARIK JIKA DUA KUTUB YANG BERBEZA DIDEKATKAN.


Berbeza pula ceritanya dengan orang yang sama jantina. Sebagai contoh tengok gambar di atas tu. Secara fitrahnya, lelaki tidak akan tertarik dengan lelaki, dan perempuan pun tidak akan tertarik dengan perempuan. Bila tidak tertarik, maka istilahnya adalah "MENOLAK". Jadi apabila kita aplikasikan dalam konsep magnet, kita dapat simpulkan yang DUA MAGNET AKAN SALING MENOLAK JIKA DUA KUTUB YANG SAMA DIDEKATKAN.

Kutub berlainan --> Menarik

Kutub sama --> Menolak

Cikgu harap analogi yang cikgu beri ni dapat membantu anda semua dalam memahami konsep ATTRACT and REPEL dalam topik magnet ni. InsyaAllah kalau apa yang cikgu tulis ni dapat membantu anda, kongsi-kongsikan lah dengan kawan-kawan lain juga. Semoga ilmu ini diberkati Allah. Sehingga jumpa lagi :)


"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier




0 comments:

Post a Comment


up