Assalamualaikum

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dapat jugak saya menyiapkan blog ini. Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya nak intro sikit serba serbi berkaitan blog ini.
Sebelum tu, murid-murid boleh panggil saya Cikgu Sarah atau Teacher Sarah, mana-mana yang awak semua rasa selesa lah ye.

InsyaAllah dalam blog ini nanti, cikgu akan kongsikan sedikit sebanyak informasi Sains berkaitan dengan topik Magnet Tahun 3.

Kenapa topik tu jadi pilihan cikgu? 

Sebab cikgu berpengalaman mengajar Tahun 3 dan cikgu nampak topik ni agak sukar difahami walaupun ianya menarik. Lagipun dalam topik ni kita boleh buat macam-macam aktiviti tau :)

Tapi jangan risau, kalau murid-murid semua ada apa-apa soalan berkaitan topik-topik lain, sila utarakan soalan tu dalam comment box dan InsyaAllah cikgu akan cuba jawab secepat mungkin. 

Sama-samalah kita saling mempelajari dan mendalami ilmu yang Allah beri ini.



"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."


0 comments:

Post a Comment


up