Aktiviti Magnetik

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Nak belajar sesuatu yang menarik tak? Hari ni Cikgu Sarah nak ajar macam mana nak buat sesuatu objek besi itu menjadi magnet. Haa, senangje tau. 

Jom tengok video ini untuk satu aktiviti sains berkaitan magnet yang kamu boleh cuba lakukan di rumah. Boleh juga jadikan sebagai sains projek di sekolah :)


For more detailed directions and an explanation of why it works, check out www.ScienceOffCenter.org.

Quiz lagi

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
 
Di sini cikgu ada pautan lain untuk kamu semua uji kefahaman kamu tentang Magnet. Cuma klik sahaja link di bawah. Selamat mencuba :)


Klik sini

Quiz Magnet



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah semua dah faham kan topik Magnet. Apa kata cikgu uji kefahaman kamu semua? Ok jom masuk laman sesawang ni dan buat quiz berkaitan dengan magnet. Agak-agak berapa skor kamu semua ye?

Magnet Quiz - Test your magnet knowledge!




Nota Magnet



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Disini cikgu nak berkongsi satu powerpoint berkaitan dengan magnet, semoga dapat membantu awak semua.
Magnets Ppt

Permainan dari magnet


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Dah banyak belajar dan buat latihan pasal magnet, mesti kamu semua dah tahu apa kegunaan magnet kan? Ok, selain dari kegunaan-kegunaan yang kamu semua belajar dalam buku teks tu, ada lagi kegunaan magnet yang lain. Hari ini cikgu nak ajar kamu semua buat permainan daripada magnet. Ada 3 jenis permainan yang kamu boleh buat iaitu, Racing Car, Magnetic Dancer dan Hanging Skeleton. Jom cikgu terangkan dan bagi video untuk buat permainan ni.

Racing Car
Ini merupakan permainan paling senang sekali. Apa yang kamu perlukan ialah sebuah kotak klip kertas, pita pelekat dan 2 buah magnet.

Pertama sekali, lekatkan magnet dibahagian dalam kotak dengan bantuan pita pelekat. Kedudukan magnet mengikut kreativiti masing-masing. Kamu rasa kedudukan macam mana yang dapat membantu kereta ini bergerak dengan cepat? Kemudian gunakan magnet yang satu lagi untuk menggerakkan kereta. Lepas ini boleh lumba dan lihat kereta siapa yang lebih laju.

Magnetic Dancer
Yang ini cikgu pernah buat dalam kelas, memang seronok. Cikgu namakan patung cikgu Sally. Apa yang kamu perlukan ialah sebatang kayu (cikgu ambil kayu penyapu), sebatang skru dan magnet. Jom saksikan video ni.

 


Hanging Skeleton
Salah satu projek yang menarik untuk dicuba. Projek ini memerlukan magnet berkuasa tinggi. Selamat mencuba.


 

Cikgu harap kamu semua dapat mencuba idea-idea yang cikgu berikan diatas dan menghasilkan permainan yang menarik itu.

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah.


Jom Uji Kekuatan Magnet!



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Siapa rasa dia dah faham dan lebih jelas tentang topik magnet? Alhamdulillah kalau dah jelas. Kalau masih tak jelas boleh komen kat bawah ni nanti ye.
Ok kat sini cikgu nak kongsikan satu lembaran kerja yang InsyaAllah dapat membantu anda semua dalam sub-topik Kekuatan Magnet (Strengths of Magnets). Lembaran kerja ni digunakan waktu anda nak menjalankan penyiasatan tentang kekuatan magnet. 

Apa yang anda perlukan untuk penyiasatan ini ialah;

1. 3 jenis magnet yang berbeza.

2. Sekotak klip kertas. Nak guna jarum atau paku pun boleh tapi cikgu sarankan guna klip kertas, lebih selamat kerana paku dan jarum kan tajam.

3. Lembaran kerja yang cikgu akan lampirkan di bawah ni.

Sekarang kita nak uji manakan antara 3 magnet itu yang lebih kuat. Anda hanya perlu ikut arahan yang diberi dalam lembaran kerja itu. Selepas selesai menjalankan penyiasatan, cikgu nak anda jawab soalan-soalan yang cikgu letakkan dalam ruangan Aktivity 2

Selamat mencuba! Magnet Strengths Worksheet


Magnets attract some materials



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Macam yang murid-murid semua tahu, magnet boleh menarik (attract) sesetengah objek. Objek-objek yang dapat ditarik oleh magnet ialah objek yang diperbuat daripada besi (iron). Cikgu nak perkenalkan dua istilah kepada anda semua iaitu Objek Magnetik dan Objek Bukan Magnetik.

Objek magnetik ialah objek yang diperbuat dari besi dan boleh ditarik oleh magnet.

Objek bukan magnetik ialah objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet.

Sekarang jom kita buat penyiasatan untuk mengetahui semada objek disekeliling kita ni magnetik atau tidak. Sila muat turun dan cetak worksheet yang cikgu lampirkan dalam entri ini dan anda boleh menjalankan penyiasatan anda sendiri di rumah :) Magnetic Worksheet


Magnet Word Search


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Hari ini cikgu nak uji vocabulary magnet anda semua.

Jom buat Word Search yang cikgu dah sediakan untuk anda semua ni. Siapa cepat dia menang :) Magnets Word Search


Magnet song


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
 
Cikgu sertakan satu lagu dan peneranganberkaitan dengan magnet :)
 
.


up