Permainan dari magnet


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Dah banyak belajar dan buat latihan pasal magnet, mesti kamu semua dah tahu apa kegunaan magnet kan? Ok, selain dari kegunaan-kegunaan yang kamu semua belajar dalam buku teks tu, ada lagi kegunaan magnet yang lain. Hari ini cikgu nak ajar kamu semua buat permainan daripada magnet. Ada 3 jenis permainan yang kamu boleh buat iaitu, Racing Car, Magnetic Dancer dan Hanging Skeleton. Jom cikgu terangkan dan bagi video untuk buat permainan ni.

Racing Car
Ini merupakan permainan paling senang sekali. Apa yang kamu perlukan ialah sebuah kotak klip kertas, pita pelekat dan 2 buah magnet.

Pertama sekali, lekatkan magnet dibahagian dalam kotak dengan bantuan pita pelekat. Kedudukan magnet mengikut kreativiti masing-masing. Kamu rasa kedudukan macam mana yang dapat membantu kereta ini bergerak dengan cepat? Kemudian gunakan magnet yang satu lagi untuk menggerakkan kereta. Lepas ini boleh lumba dan lihat kereta siapa yang lebih laju.

Magnetic Dancer
Yang ini cikgu pernah buat dalam kelas, memang seronok. Cikgu namakan patung cikgu Sally. Apa yang kamu perlukan ialah sebatang kayu (cikgu ambil kayu penyapu), sebatang skru dan magnet. Jom saksikan video ni.

 


Hanging Skeleton
Salah satu projek yang menarik untuk dicuba. Projek ini memerlukan magnet berkuasa tinggi. Selamat mencuba.


 

Cikgu harap kamu semua dapat mencuba idea-idea yang cikgu berikan diatas dan menghasilkan permainan yang menarik itu.

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah.


0 comments:

Post a Comment


up