Jom Uji Kekuatan Magnet!



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Assalamualaikum wbt.
Siapa rasa dia dah faham dan lebih jelas tentang topik magnet? Alhamdulillah kalau dah jelas. Kalau masih tak jelas boleh komen kat bawah ni nanti ye.
Ok kat sini cikgu nak kongsikan satu lembaran kerja yang InsyaAllah dapat membantu anda semua dalam sub-topik Kekuatan Magnet (Strengths of Magnets). Lembaran kerja ni digunakan waktu anda nak menjalankan penyiasatan tentang kekuatan magnet. 

Apa yang anda perlukan untuk penyiasatan ini ialah;

1. 3 jenis magnet yang berbeza.

2. Sekotak klip kertas. Nak guna jarum atau paku pun boleh tapi cikgu sarankan guna klip kertas, lebih selamat kerana paku dan jarum kan tajam.

3. Lembaran kerja yang cikgu akan lampirkan di bawah ni.

Sekarang kita nak uji manakan antara 3 magnet itu yang lebih kuat. Anda hanya perlu ikut arahan yang diberi dalam lembaran kerja itu. Selepas selesai menjalankan penyiasatan, cikgu nak anda jawab soalan-soalan yang cikgu letakkan dalam ruangan Aktivity 2

Selamat mencuba! Magnet Strengths Worksheet


0 comments:

Post a Comment


up